Anda boleh klik mengikut topik-topik berikut dan nyatakan aduan anda.
Sistem aduan kebajikan mahasiswa bertujuan untuk menyediakan platform rasmi bagi pelajar melaporkan isu-isu berkaitan kebajikan, termasuk masalah kewangan, kesihatan, kolej kediaman dan sebagainya. Sistem ini membantu pihak pengurusan universiti untuk mengenal pasti keperluan mahasiswa dengan lebih terperinci.
Sistem aduan akademik mahasiswa bertujuan bagi mahasiswa melaporkan isu-isu berkaitan akademik seperti masalah pendaftaran kursus, jadual kelas, keputusan peperiksaan dan kelas.
Sistem aduan yuran bertujuan untuk mahasiswa melaporkan isu berkaitan pembayaran yuran seperti kesulitan kewangan, caj berlebihan atau masalah teknikal dalam transaksi.